Friday, March 25, 2011

Andai saja kaum jejaka tahu............

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis jatuh cinta, jejaka itu tidak semestinya punya segalanya tetapi jejaka itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai anda si jejaka.

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi anda. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak 
menyintai tetapi dia mahu anda merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis mngungkapkan dia merinduimu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis mengatakan lelaki lain itu lebih baik dari anda, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu mengujimu. Dia mahu melihat sejauh mana anda sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang andalah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan anda, percayalah, walaupun dia menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, anda tetap yang terbaik.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana anda mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati gadis sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Gadis sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya anda si jejaka tahu..
Sememangnya Allah menciptakan jejaka dan gadis dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Gadis diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang jejaka itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya gadis itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat jejaka menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang gadis dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


(^_^)

~~~Have A Nice Day~~~


Ranking MRSM SPM 2010

Sekarang tengah kecoh pasal result SPM 2010 yang baru keluar.. So, aku nak updatela sikit tentang ranking MRSM se-Malaysia. =)
Bukanla niat nak menganaktirikan sbp or sekolah-sekolah yang lain yerk.. 
Banyak sgt da sekolah sekarang nie.. Jenuhla nak rankingkn semua.. Hehehe

--------- Ranking MRSM adalah seperti di bawah ---------

1. Pengkala Chepa
 
2. Tun Ghafar Baba (Jasin)

3. Taiping

4. Langkawi 

5. Kuala Kubu Baru

6. Kubang Pasu

7. Kuala Berang 

8. Alor Gajah

9. Kuala Terengganu

10. Serting 

11. Pengkalan Hulu

12. Tawau

13. Kuching

14. Kepala Batas 

15. Muadzam Shah 

16. Merbok

17. Kota Putra

18. Pasir Salak

19. Pontian

20. Kuala Lipis

21. Terendak 

22. Kota Kinabalu 

23. PDRM 

24. Kuantan

25. Lenggong 

26. Batu Pahat 

27. Besut

28. Gemencheh 

29. Jeli

30. Beseri 

31. Bentong

32. Balik Pulau 

33. Pendang 

34. Mersing 

35. Muar

36. Kuala Krai

37. Betong

38. Transkrian


MRSM PC menduduki tempat pertama di malaysia dengan GPS 0.83, dihadapan SMS Tuanku Munawir (SASER) dengan GPS 0.89. MRSM TGBTaipingLangkawiKKB masing-masing dengan GPS 0.910.971.33 dan 1.68.

Tahniah buat batch SPM 2010 MRSM Langkawi kerana berjaya menaikkan kembali ranking yang sebelum nie jatuh berdebuk-debuk masa SPM 2009. 

Buat junior-junior yang lain bersamalah kembalikan zaman kegemilangan MRSM Langkawi.. 
Lets be the top 3 again this year!!!=)

Congrats buat semua calon SPM 2010 yang berjaya mendapat result yang cemerlang.. Bagi yang dapat result yang kurang memuaskan, this not the end.. Panjang lagi masa untuk anda ubah hidup anda..
Gagal dalam SPM tak semestinya gagal dalam hidup..
Ramai yang berjaya selepas bangkit dari kegagalan masa SPM..
Yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang plak jangan terlalu leka okayyy.. (^_^)

~~~Have a nice day~~~