Monday, April 25, 2011

Panduan Berpasangan

Panduan berpasangan nie direka untuk mereka yang sedang couple ataupon dah memasuki hubungan yang lebih serius a.k.a tunang or kawin.. Ambillah sebagai pedoman hidup. Hargailah pasangan kita sebelum kita kehilangannya.

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas...
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

taken from here n there

(^_^)


Friday, March 25, 2011

Andai saja kaum jejaka tahu............

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis jatuh cinta, jejaka itu tidak semestinya punya segalanya tetapi jejaka itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai anda si jejaka.

Andainya jejaka tahu..
Apabila seorang gadis marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi anda. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak 
menyintai tetapi dia mahu anda merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis mngungkapkan dia merinduimu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis mengatakan lelaki lain itu lebih baik dari anda, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu mengujimu. Dia mahu melihat sejauh mana anda sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang andalah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan anda, percayalah, walaupun dia menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, anda tetap yang terbaik.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana anda mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati gadis sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya jejaka tahu..
Apabila si gadis berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Gadis sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya anda si jejaka tahu..
Sememangnya Allah menciptakan jejaka dan gadis dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Gadis diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang jejaka itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya gadis itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat jejaka menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang gadis dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


(^_^)

~~~Have A Nice Day~~~


Ranking MRSM SPM 2010

Sekarang tengah kecoh pasal result SPM 2010 yang baru keluar.. So, aku nak updatela sikit tentang ranking MRSM se-Malaysia. =)
Bukanla niat nak menganaktirikan sbp or sekolah-sekolah yang lain yerk.. 
Banyak sgt da sekolah sekarang nie.. Jenuhla nak rankingkn semua.. Hehehe

--------- Ranking MRSM adalah seperti di bawah ---------

1. Pengkala Chepa
 
2. Tun Ghafar Baba (Jasin)

3. Taiping

4. Langkawi 

5. Kuala Kubu Baru

6. Kubang Pasu

7. Kuala Berang 

8. Alor Gajah

9. Kuala Terengganu

10. Serting 

11. Pengkalan Hulu

12. Tawau

13. Kuching

14. Kepala Batas 

15. Muadzam Shah 

16. Merbok

17. Kota Putra

18. Pasir Salak

19. Pontian

20. Kuala Lipis

21. Terendak 

22. Kota Kinabalu 

23. PDRM 

24. Kuantan

25. Lenggong 

26. Batu Pahat 

27. Besut

28. Gemencheh 

29. Jeli

30. Beseri 

31. Bentong

32. Balik Pulau 

33. Pendang 

34. Mersing 

35. Muar

36. Kuala Krai

37. Betong

38. Transkrian


MRSM PC menduduki tempat pertama di malaysia dengan GPS 0.83, dihadapan SMS Tuanku Munawir (SASER) dengan GPS 0.89. MRSM TGBTaipingLangkawiKKB masing-masing dengan GPS 0.910.971.33 dan 1.68.

Tahniah buat batch SPM 2010 MRSM Langkawi kerana berjaya menaikkan kembali ranking yang sebelum nie jatuh berdebuk-debuk masa SPM 2009. 

Buat junior-junior yang lain bersamalah kembalikan zaman kegemilangan MRSM Langkawi.. 
Lets be the top 3 again this year!!!=)

Congrats buat semua calon SPM 2010 yang berjaya mendapat result yang cemerlang.. Bagi yang dapat result yang kurang memuaskan, this not the end.. Panjang lagi masa untuk anda ubah hidup anda..
Gagal dalam SPM tak semestinya gagal dalam hidup..
Ramai yang berjaya selepas bangkit dari kegagalan masa SPM..
Yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang plak jangan terlalu leka okayyy.. (^_^)

~~~Have a nice day~~~



Tuesday, February 22, 2011

WoW!!! Dah Ada FaceBlog =)

Amacam??? Menarik tak? Hehe.. Bukan setakat facebook jerk sekarang nie.. Faceblog pon dah ada.. Dahsyattttt... Memang dahsyattt betulla.. Hehe
Lebih kurang macam facebookla jugak fungsi dia.. Tapi nie khas untuk menghubungkan para blogger di Malaysia..

Nie la banner fB kita.. Naisss.. Very the pink!!! 
Jom kita pakat join ramai-ramai..
Barula meriah yer tak? =)

Edit


Monday, February 21, 2011

Jom Kita Diet! =)

Bak kata inchik wikipedia, diet is the sum of food consumed by a person or other organism. Nampak? Nampak? Diet nie maksud dia jumlah pemakanan seseorang.. Bukannya tak makan langsung! Orang kita nie selalu menyalahgunakan maksud diet.. Bagi depa mereka diet nie maksudnya tak makan langsung.. What the??? Asal nak kurus jerk cakap nak diet (tak mau makan). Kalau cakap nak kawal pemakanan tuh takpala jugak kan.. Nie tak sampai tak makan langsung.. Tak sayang tubuh badan ka gadis-gadis sekalian? Dalam agama kita pon melarang kita melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan kesihatan.. Tak kirala agama apa.. Islam, Kristian mahupon Buddha..

Diet yang betul ialah kita menjaga pemakanan kita.. Perasan tak sekarang nie ramai sungguh yang ada penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, oh kak siti OBESITI, macam-macam lagi la.. Penyakit nie datang dari cara pemakanan kita.. Plus sekarang nie banyak fast food, junk food.. Semua makanan tuh ada MSG.. Aku adala terbaca artikel yang aku rasa sangat-sangat berguna pasal pemakanan nie.. Sebelum nie pon aku taktau pon pasal semua nie.. Nak tau??? Jom kita kongsi ramai-ramai..

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU - KOKTEL

Aku pernahla terdengar dulu kita tak digalakkan makan makanan darat bercampur makanan laut.. I'm still searching for the scientific proof.. Mintak-mintak jumpa.. Korg tau tak apa-apa kajian pasal nie? Sila kongsi yerk..

Kita digalakkan banyak minum air.. Air kat sini bukanla bermaksud nescafe, coke ataupon apa-apa air lg la.. Air kt sini adalah air masak/putih/mati/mineral dan yang sewaktu dengannya.. =) Minumla sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk penghadaman yang baik..

Menjilat jari sesudah makan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Telah dibuktikan hujung jari kita mengandungi enzim yang mampu membantu dalam proses mencerna makanan sama seperti enzim yang terkandung dalam air liur manusia.. Tak percaya? Try wat experiment bodo-bodo.. Letakkan nasi dalam dua pinggan berasingan.. Main  nasi tersebut dengan tangan pada salah satu pinggan.. Nasi yang kita main dengan tangan tu akan cepat basi berbanding nasi yang kita tak sentuh.. Kat sini da terbukti berlakunya reactions di situ.. Kalau korg nak lagi scientific kenala buat experiment dalam lab.. Ok, berbalik kepada menjilat jari.. Bila korg jilat jari korg, maka korg akan jilat sekali enzim pencernaan tu. So, cepat la korg dapat tenaga untuk korg bekerja sebab makanan tu dah diuraikan menjadi tenaga. Kalo korg makan dengan sudu or garfu, 8 jam baru hadam… Useless, kuar jadi taik je.. So, elokla kita makan menggunakan tangan berbanding sudu dan garpu..


Jom kita ramai-ramai mengamalkan diet yang betul~~~ :)



Friday, February 18, 2011

^K.U.K.U^

Fuhhhh… Lamanya tak update blog… Okla sempena hari jumaat yang mulia nie aku nk kongsikan tazkirah ringkas buat semua dan jugak diri aku sendiri.. Aku nak bercakap pasal KUKU… yer… kuku yer rakan-rakan… bukan kutu... hehe.. Aku tak paham betulla awatla ramai org suka simpan kuku panjang? Bajet tertarik menarik kau mmg da bomb ka?

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk babi-babi tersebut... So, potonglah kuku korg. Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.kuku panjang mempunyai sejenis bakteria seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Bakteria tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. E-Coli nie boleh menyebabkan cirit-birit tau tak? Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

KUKU yang diciptakan Allah mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya, ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Hukum dan hikmat memotong kuku

Memotong kuku termasuk amalan sunat.

Hal ini disebutkan dalam hadis daripada Saidatina Aisyah R.A. yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim).

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat padanya, nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. Sementara, kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking. Harus seseorang memotong kuku menggunakan gunting, pisau atau benda khas seperti alat pemotong kuku supaya tidak memudaratkan kuku atau jari. Selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang dipotong) dengan air. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku menggunakan gigi (adoiii… nie memang kena kat batang hidung sendiri nie.. aku suka sgt gigit kuku) kerana boleh mewarisi penyakit kusta. Waktu memotong kuku Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk pada panjang kuku. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim).

Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Daripada Abu Hurairah R.A., katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani).

Sementara, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.

Menanam potongan kuku

Islam sangat prihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuk anggota badannya. Kuku yang potong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia anggota manusia. Hal ini disebut dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu Umar menanam potongan kuku. Memotong kuku ketika haid, nifas dan junub Menurut kitab Al-Ihya, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Hal ini kerana segala potongan itu pada akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub. Memanjangkan kuku Tabiat memanjangkan kuku bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang menggalakkan supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku panjang, nescaya banyak perkara yang membabitkan hukum seperti wuduk, mandi wajib dan sebagainya.

Selain itu, antara perkara sunat yang dilakukan bagi orang sakit atau hampir nazak adalah mengelokkan diri iaitu dengan memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari, bersugi, mandi, berwangian dan memakai pakaian yang bersih. Imam Al-Syafie tidak menyatakan dalam kitabnya sunat memotong kuku mayat, tetapi beliau menyatakan perselisihan pendapat antara gurunya dalam menggalak dan meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Beliau memilih dan mentarjih pendapat untuk meninggalkan perbuatan memotong kuku mayat. Pendapat yang betul adalah membiarkan kuku mayat kerana segala anggota mayat itu dimuliakan dan tidak ada hadis sahih yang menggalakkan memotong kuku mayat. Malah, makruh hukumnya jika berbuat demikian. Demikian juga menurut Imam Ibnu Hajar, pendapat yang azhar adalah makruh memotong kuku mayat. Adapun orang yang meninggal ketika dalam ihram haji atau umrah, haram dipotong kuku mayat itu, seperti haram mewangikan tubuh badan dan memotong rambutnya. Ini diibaratkan keadaannya ketika masih hidup, dengan haram ke atasnya memotong kuku ketika ihram. Namun, jika kuku mayat itu menyukarkan tukang mandi untuk membersihkannya, tidak mengapa jika dipotong dan tidak juga dikenakan dam ke atas orang yang memotong kuku itu.

Renung-renungkan...... Dan selamat beramal.... =)


sumber from here and there


Sunday, January 30, 2011

Tips Memilih Tuala Wanita

Haluuu.... Entri aku kali nie khas untuk gadis-gadis... Sang jejaka boleh jugak membaca untuk tambah ilmu anda.. Ok.. Pemilihan tuala wanita adalah sangat penting untuk si gadis ketika datang bulan... Aspek utama pemilihan haruslah KESELESAAN... Pemilihan jugak haruslah bergantung pada aktiviti seharian anda... Al maklumlah sekarang nie terdapat pelbagai brands - Kotex, Libresse, bentuk dan bahan tuala wanita di pasaran... So, sekiranya korg .........

Banyak bergerak di ruang berhawa dingin 
Tuala wanita yang bersayap adalah yg paling sesuai untuk mengelakkan kebocoran akibat banyak bergerak.. Namun kenala berhati-hati kerana kulit korg mungkin akan melecet akibat terlalu banyak bergesel dengan sayapnya.. So, elakkan memakai seluar yang ketat untuk mengelakkan aliran udara yang tak baik sekaligus menyebabkan perpeluhan.. Sebaiknya gunala panties dari material cotton..

Gemuk @ Berpaha besar
Untuk golongan ini, elakkan memakai tuala wanita yang bersayap kerana terlalu banyak contact antara paha dan sayap akan menyebabkan kulit korg melecet dan mengalami iritasi.. Tapi kalau nak pakai jugak yang bersayap boleh.. Cuma pilihla tuala wanita yang memiliki sayap dari bahan yang lembut - cotton dan cepat-cepat ganti jika sayapnya mula basah.. Pilihla tuala wanita yang mempunya daya serapan yang tinggi ok?

Kerap berolahraya dan aktif
Tuala wanita yang sesuai harusla mempunyai permukaan yang lembut dan mempunyai daya serapan yang tinggi.. Tuala wanita yang berasaskan gel adalah yg terbaik buat korg.. Sebab tuala wanita berasaskan gel mempunyai daya serapan yang paling tinggi.. 

Suka berenang
Sebolehnya korg tak payahla berenang time datang bulan.. Bukannya lama pon cik kak oii.. Seminggu ja.. Bukan apa.. Takut terkena jangkitan ja.. Korg perasan tak kalau korg berendam time period nie darah haid korg tak keluar? Ini disebabkan tekanan air di persekitaran korg menyebabkan aliran semula darah haid dari vagina ke rahim.. Tapi jika korg memang terpaksa berenang time bulan mengambang tuh seeloknya gunakan tampon.. Make sure korg pakai tak lebey dari 3 jam ok..

Ok.. Nie ja la tips aku kali nie.. Kalau korg ada nak tambah silala beri idea ya =)


Wednesday, January 26, 2011

Teknik Memasak Mi Segera/Megi Dengan Betul

Aisshhhh... Nak masak megi pon nak ajar ke cik fifi oiii... Bagila resepi yang mengancam sikit ye tak... =) Hmm masak megi nie memangla perkara yang mudah.. Kacang jerk bak kata org kn.. Tapi kat sini aku nak kongsila ilmu yang aku dapat sebagai student kimia nie.. Yang kita tau megi ataupon mi segera nie sebenarnya tak berapa nak elok untuk kesihatan.. Tapi bebudak asrama, kolej, u, n org-org dah keja pon semuanya makan megi nie tatkala kesempitan wang tak pon time malas nak keluar membeli makanan.. Aku pon makan jugak..

Sebenarnya megi/mi segera nie diorg salut dengan wax(lilin) untuk menjadikan dia ikal mayang tuh.. So, cara yang selamat korg kenala remove kn wax tuh.. Macam mana? Ok.. Memula, korg rendam megi tuh dalam air yang mendidih.. Tak payahla lama sangat.. Nnt kembang... Korg akan nampak air tuh macam berminyak kn.. Buang air tuh (tapisla megi dl).. Masak air baru sampai mendidih dan masukkan megi.. Agak-agak megi tu da kembang macam korg nk, tutup api.. Bila da air tu tak menggelegak(mendidih) barula masukkan perencah dalam tu dan kacau.. Awat tak masukkan perencah time air mendidih erk? Dalam perencah tu terdapat satu bahan di mana kalau bahan tu larut dalam air yang mendidih (100 C) membuatkan ia jadi toxic..

Pendek jerk entri aku kali nie.. Juz nak berkongsi ilmu.. Kalau ada kesalahan mntk ditegur yerk..

Tuesday, January 25, 2011

An Amazing Love Story

I juz want to share one lovely awesome love story that i love the most!


He met her on a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised. 

They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please, let me go home.... suddenly he asked the waiter. 'would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee.' 

Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. 

She asked him curiously; why you have this hobby? He replied: 'when I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there'. While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched.. 

That's his true feeling, from the bottom of his heart. A man who can tell out his homesickness, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility of home. Then she also started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story. 

They continued to date. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! 

Then the story was just like every beautiful love story , the princess married to the prince, then they were living the happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that's the way he liked it. 

After 40 years, he passed away, left her a letter which said: 

'My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt It was hard for me to change so I just went ahead.I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything.. 

Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad taste.. But I have had the salty coffee for my whole life! Since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you.. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, still want to know you and have you for my whole life,even though I have to drink the salty coffee again'. 

Her tears made the letter totally wet.Someday, someone asked her: what's the taste of salty coffee? 

It's sweet. She replied. 

The End.

copy from Facebook.com






Love is not 2 forget but 2 forgive, not 2 c but 2 understand, not 2 hear but 2 listen, not 2 let go but 2 HOLD ON !!!! 

Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one you like will leave you for the one they love. 

Find one, who calls you beautiful instead of hot. 

Who calls you back when you hang up on him. 

Who will stay awake just to watch you sleep. 

Wait for the guy who kisses your forehead. 

Who wants to show you off to the world when you are in your sweats. 

Who holds your hand in front of his friends. 

Wait for the one who is constantly reminding you of how much he 

cares about you and how lucky he is to have you. 

Wait for the one who turns to his friends and says, '...that's her.'