Sunday, January 30, 2011

Tips Memilih Tuala Wanita

Haluuu.... Entri aku kali nie khas untuk gadis-gadis... Sang jejaka boleh jugak membaca untuk tambah ilmu anda.. Ok.. Pemilihan tuala wanita adalah sangat penting untuk si gadis ketika datang bulan... Aspek utama pemilihan haruslah KESELESAAN... Pemilihan jugak haruslah bergantung pada aktiviti seharian anda... Al maklumlah sekarang nie terdapat pelbagai brands - Kotex, Libresse, bentuk dan bahan tuala wanita di pasaran... So, sekiranya korg .........

Banyak bergerak di ruang berhawa dingin 
Tuala wanita yang bersayap adalah yg paling sesuai untuk mengelakkan kebocoran akibat banyak bergerak.. Namun kenala berhati-hati kerana kulit korg mungkin akan melecet akibat terlalu banyak bergesel dengan sayapnya.. So, elakkan memakai seluar yang ketat untuk mengelakkan aliran udara yang tak baik sekaligus menyebabkan perpeluhan.. Sebaiknya gunala panties dari material cotton..

Gemuk @ Berpaha besar
Untuk golongan ini, elakkan memakai tuala wanita yang bersayap kerana terlalu banyak contact antara paha dan sayap akan menyebabkan kulit korg melecet dan mengalami iritasi.. Tapi kalau nak pakai jugak yang bersayap boleh.. Cuma pilihla tuala wanita yang memiliki sayap dari bahan yang lembut - cotton dan cepat-cepat ganti jika sayapnya mula basah.. Pilihla tuala wanita yang mempunya daya serapan yang tinggi ok?

Kerap berolahraya dan aktif
Tuala wanita yang sesuai harusla mempunyai permukaan yang lembut dan mempunyai daya serapan yang tinggi.. Tuala wanita yang berasaskan gel adalah yg terbaik buat korg.. Sebab tuala wanita berasaskan gel mempunyai daya serapan yang paling tinggi.. 

Suka berenang
Sebolehnya korg tak payahla berenang time datang bulan.. Bukannya lama pon cik kak oii.. Seminggu ja.. Bukan apa.. Takut terkena jangkitan ja.. Korg perasan tak kalau korg berendam time period nie darah haid korg tak keluar? Ini disebabkan tekanan air di persekitaran korg menyebabkan aliran semula darah haid dari vagina ke rahim.. Tapi jika korg memang terpaksa berenang time bulan mengambang tuh seeloknya gunakan tampon.. Make sure korg pakai tak lebey dari 3 jam ok..

Ok.. Nie ja la tips aku kali nie.. Kalau korg ada nak tambah silala beri idea ya =)


No comments:

Post a Comment