Monday, January 24, 2011

Apabila berada di Penang............

Apa yg korg bayangkan bila baca tajuk entri aku kali nie?

Adakah ini?

Batu Feringghi
copy from Google

Ataupon ini?

Komtar & Feri
copy from Google

Mungkinkah ini?

Nasi Kandar Kayu
copy from Google

dan ini?

Pasembor Padang Kota
copy from Google

Ternyatalah apa korg bayangkan tu salah.. Mungkin lain kali yerk.....
Sebenarnya aku nak kongsikan pengamatan aku sepanjang lebey kurang 5 tahun da aku bermastautin di Penang nie tentang cara pemanduan orang Pulau Pinang!

#Rule No 1:
Kenderaan korg mestila berplat P!!!
diulangi P hokkay??

Kalau setakat kereta korg tuh plat K or A or D hatta W sekalipon tak payahla nak berangan/perasan korg terer membawa kereta di Penang! Ini disebabkan orang-orang Penang nie hanya mentauliahkan pemandu kenderaan berplat P sahaja sebagai pemandu yang 'cekap'.

Cekap di sini bermaksud :-
  • menggunakan jalan raya mcm korg sorang ja yang bayar cukai! ataupon mcm bapak korg punya jalan..
  • mencelah di mana sahaja dan bila-bila masa asalkan ada ruang dan muat kereta korg! Even tak muat pon (bas/lori) pergi himpit kereta sebelah sampai diorg bg chance korg dok depan. (especially kat tol jambatan tuh)
  • bawa kereta macam tgh lawan Formula 1.
  • tak payah guna signal bila nk belok kiri/kanan. Rs bila guna signal tuh mcm korg dapat lesen dari planet Zargus or kereta tuh mcm UFO sbb ada signal. * diorg extremely underutilized lampu signal*
Haa... Amacam? Hebat tak org Penang bawak kereta? Boleh menambah dosa bila memandu di Penang nie.. Asyik rs nak maki jerk......Ish ish ish.... Cepat2la beristighfar yerk... Tapi satu aku nak puji pemandu-pemandu plat P nie.. Walaupon diorg bawak kereta mcm ______ tapi diorg nie mengamalkan pemakaian seat belt.. *Safety First* Nak keluar pergi kedai depan rumah pon pakai seat belt.. Bagus betul.. Mungkin diorg sedar kot cara pemanduan diorg tu EXTREMELY dangerous!

Okla... Ini hanyalah sekadar pandangan aku.. Kalau ada org Penang yg tak memandu mcm kt atas tuh terasa ati aku mntk maaf k... Memandulah secara berhemah walau di mana anda berada..... Cewaahhh.... Renung-renungkn dan selamat beramal!!! =)

No comments:

Post a Comment